Masalah Kekuningan (Jaundice) Pada Bayi Baru Lahir

Assalamualaikum semua.

Apa itu jaundice?
Jaundice adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah. Jaundice pada bayi adalah jaundice yang berlaku dalam masa sebulan selepas bayi itu lahir.

Apa itu bilirubin?
Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan daripada pemecahan sel darah merah. Ia kemudian diproses di dalam hati sebelum dikeluarkan ke dalam najis.

Adakah sering terjadi jaundice dalam kalangan bayi?
Jaundice sering berlaku pada bayi. 50% bayi akan mengalami jaundice pada minggu pertama kehidupan.

Masalah Kekuningan (Jaundice) Pada Bayi Baru Lahir, jaundice, baby jaundice

Jenis-jenis jaundice pada bayi dan penyebabnya?
  1. Physiological jaundicePhysiological jaundice sering terjadi kepada bayi dan tidak berbahaya. Jaundice jenis ini bermula selepas 48 jam dan akan beransur hilang pada akhir minggu pertama kelahiran. Ia terjadi disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah dan keadaan organ hati yang belum cukup matang bagi bayi yang baru lahir.
  1. Pathological jaundice
    Pathological jaundice bermula dalam masa 48 jam selepas lahir. Ini disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah yang berlebihan akibat:
    • Ketidakserasian kumpulan darah antara ibu dan anak (Bila ibu mempunyai Rhesus negative atau kumpulan darah ‘O’)
    • G6PD deficiency pada bayi: Kekurangan enzim ini menyebabkan sel-sel darah merah tidak stabil apabila terdedah pada bahan-bahan tertentu. Walau bagaimanapun, tidak lebih daripada 5% bayi mengalami masalah ini. Sekarang semua bayi akan diperiksa status G6PD nya sejurus selepas lahir
    • Jangkitan kuman pada bayi: Bayi biasanya kelihatan lemah dan memerlukan rawatan di hospital
Masalah Kekuningan (Jaundice) Pada Bayi Baru Lahir, jaundice, newborn jaundice, baby jaundice
Apakah yang menyebabkan jaundice berpanjangan?
Jaundice dianggap berpanjangan apabila keadaan kekuningan berlanjutan sehingga melebihi 14 hari bagi bayi yang cukup bulan dan 21 hari bagi bayi pramatang.

Antara sebab-sebab:
  • Penyusuan susu ibu sepenuhnya (breast milk jaundice): Jaundice yang berpanjangan ini tidak berbahaya pada bayi selagi ibu tidak mengambil ubat-ubatan tradisional
  • Penyekatan aliran hempedu daripada hati ke usus yang akhirnya menyebabkan najis yang pucat dan air kencing yang pekat. Bagaimanapun, kes ini jarang terjadi
  • Kekurangan thyroid hormone: Kes ini sangat jarang, satu daripada 4000 kelahiran. Melalui program saringan kebangsaan, semua bayi yang lahir akan dilakukan pemeriksaan saringan menggunakan darah tali pusat.
Haruskah bimbang jika bayi mengalami jaundice?
Bayi anda mungkin sihat jika :
  • Bayi anda cukup bulan dan tidak berisiko untuk terjadi jaundice yang teruk
  • Jaundice terjadi selepas 48 jam bayi dilahirkan dan tiada peningkatan jaundice yang teruk
  • Bayi anda sihat dan aktif
Walau bagaimanapun, sila dapatkan pemeriksaan doktor untuk penilaian lanjut.

Apakah tanda-tanda bahaya yang patut diperhatikan?
Anda harus dapatkan pemeriksaan doktor segera sekiranya :
  • Jaundice terjadi dalam masa 24 jam selepas bayi dilahirkan
  • Peningkatan kekuningan yang cepat
  • Bayi anda mengalami G6PD deficiency
  • Anak anda terdahulu pernah mengalami jaundice teruk
  • Bayi anda kelihatan tidak aktif dan tidak mahu menyusu
  • Najis bayi anda kelihatan pucat atau air kencingnya menjadi pekat
Apakah yang doktor akan lakukan?
Doktor akan memeriksa bayi anda dan melakukan ujian darah serta memberikan rawatan yang sesuai. Mereka juga akan memberikan nasihat yang berkaitan.

Apakah masalah yang akan timbul akibat jaundice teruk?
Kadar indirect bilirubin yang tinggi pada bayi baru lahir boleh mencapai tahap bahaya sehingga menyebabkan:
  • Gangguan pendengaran di mana terjadi kerosakan otak di bahagian kawalan pendengaran
  • Kerosakan otak yang teruk (kernicterus)
Masalah Kekuningan (Jaundice) Pada Bayi Baru Lahir, jaundice, newborn jaundice, baby jaundice, kernicterus

Oleh itu, intervensi awal perlu bagi mengelakkan terjadinya komplikasi yang teruk.

Apakah rawatan yang diberikan?
Terdapat 2 jenis rawatan iaitu:
  • Rawatan foto
    • Bayi akan diletakkan di bawah sinaran komponen cahaya biru tertentu sehingga indirect bilirubin akan ditukarkan kepada bahan yang tidak bahaya.
    • Kadar bilirubin yang dianggap bahaya bagi bayi baru lahir adalah melebihi 20 mg/dL (340 umol/L). 
    • Nota: jangan dedahkan bayi anda pada cahaya matahari pagi secara terus-menerus kerana ini membahayakan bayi anda.
Masalah Kekuningan (Jaundice) Pada Bayi Baru Lahir, jaundice, rawatan foto jaundice, baby jaundice

  • Rawatan pertukaran darah
    • Rawatan pertukaran darah adalah pilihan cara terakhir bagi menghindarkan terjadinya kerosakan otak.
    • Kadar bilirubin untuk rawatan ini bergantung kepada banyak faktor termasuk usia bayi dan penyebab jaundice itu sendiri.
Pencegahan jaundice
Adalah penting untuk kita mengesan dan memantau bayi yang berisiko tinggi untuk mendapat jaundice yang teruk. Tindakan awal mengesan jaundice dapat memastikan rawatan yang sesuai dan mengurangkan komplikasi.

Apakah yang perlu dilakukan kepada bayi yang mengalami jaundice yang teruk?
Semua bayi dengan kadar bilirubin lebih 20 mg/dL harus mendapat rawatan lanjut di klinik pakar kanak-kanak bagi memantau perkembangan dan pendengaran. Sekiranya terjadi kerosakan otak akibat jaundice teruk, kanak-kanak tersebut harus dirujuk kepada sekumpulan pakar untuk pemulihan.

Sumber: MyHEALTH KKM

Share:

6 comments:

  1. Anak fiza dua² prolong jaundice. Selepas sebulan baru ok. Jenuh jugak ulang-alik ke hospital. Apakan daya, demi anak... Kan.

    ReplyDelete
  2. baru lps berlawan dgn jaundice ni, bby adik dua kali msk wad kerna ni, alhamdulilah dah ok

    ReplyDelete
  3. Kesian tgk baby yang kena jaundice ni.. Kena duduk dlm incubator.. Thank you share info yang bermanfaat ni..

    ReplyDelete
  4. Syafi dulu jaundice juga sebab darah kak ana. 3 minggu juga berulang ke KK.

    ReplyDelete
  5. salam kenal.
    my first baby dulu warded for almost 2 weeks. tak ada pengalaman kalau org dulu2 ni. now banyak info.. nice sharing.

    ReplyDelete
  6. ni la kali pertama kita baca betul2 pasal jaundice ni..thanks yea for the info!

    ReplyDelete