EAT & Repeat Cafe @ Shah Alam

Assalamualaikum semua.

Masa ambil jubah konvo haritu di Shah Alam, singgah makan di EAT & Repeat Cafe cawangan Shah Alam. Ini merupakan kali kedua makan di sini. Pernah sekali juga makan di EAT & Repeat Cafe cawangan Senawang. Setakat ni dia dah ada 7 cawangan kesemuanya.

7 Cawangan EAT & Repeat Cafe:
  • Kuala Selangor
  • Bangi
  • Shah Alam
  • Senawang
  • Melaka
  • Kuala Terengganu
  • Johor Bahru

EAT & Repeat Cafe

Konsep Unik Kafe RM1.90

Apa yang bestnya di EAT & Repeat Cafe ialah harga semua makanan dan minumannya yang murah. Hanya RM1.90. Di EAT & Repeat Cafe ini, mengamalkan konsep ala-ala Boat Noodle. RM1.90 semangkuk makanan dan minuman.

Dari segi rasa, kebanyakan menunya boleh tahan sedap dan berbaloi dengan harga. Dengan harga yang berbaloi-baloi murah ni korang bolehlah rasa semua menu makanan dia. Hihi. Selain daripada juadah utama, dessert seperti aiskrim dan brownies, pulut mangga pun ada. Servis memang cepat. Dah dua kali pergi cawangan Shah Alam ni, memang tak pernah tak penuh kedai dia. 

Kalau dah petang sikit tu, ada menu yang dah habis jadi kena alert diorang akan tulis dekat board apa menu yang dah habis. Seronok makan di sini sebab boleh tambah, dahlah murah. Bersesuaian lah dengan namanya iaitu EAT & Repeat Cafe. 

 Eat & Repeat Cafe


"Kalau bab-bab makanan murah ni, memang kena ambil tahu. Al maklumlah, zaman sekarang, semua barang boleh dikatakan mahal. Jadi, kalau dah jumpa port makanan yang murah dan sedap ni, memang wajib pergi lah kan? Tak pergi rugi!"

"Buat pengetahuan umum, terdapat satu café yang berkonsepkan ala-ala boat noodle tetapi sebenarnya bukan. Konsep je sama, tetapi nama kedai sebenar ialah EAT & Repeat. Nama kedai pun dah boleh tahu sekali makan memang tak cukup, itu bermaksud, anda akan makan berulang kali sebab harganya memang terlajak murah. Café ini menghidangkan pelbagai jenis menu termasuk nasi dan apa yang paling penting, semua menu cuma berharga RM 1.90 semangkuk. Fuh! boleh ambil sebanyak mungkin dengan pelbagai pilihan menu yang ada!"

"Kafe ini juga telah mempunyai 7 cawangan lain iaitu, di Kuala Selangor, Bangi, Senawang, Melaka, Kuala Terengganu dan Johor Bahru. Boleh search di FB untuk ke page masing-masing."

EAT & Repeat Cafe

Atas ni gambar makanan yang aku makan haritu. 3 orang, purata sorang ambil 3 atau 4 mangkuk dengan air. Alhamdulillah kenyang. Walaupun portion sedikit, tapi aneka menu boleh rasa, lepastu memang sesuai dengan harganya. Rasa pun ok. Oh ya, kalau korang pergi jangan lupa try nasi lemak dia. Memang sedap. Dah pernah try masa first time makan sini dulu. Sedap.

Antara menu yang terdapat di EAT & Repeat Cafe:
  • Soto
  • Nasi Putih Ayam Paprik
  • Rojak Petis
  • Nasi Goreng Bujang
  • Nasi Lemak
  • Mee Sup
  • Mee Kari
  • Bubur Ayam
  • Kepak Ayam Tandoori
  • Laksa
  • Mee Celup
  • Lontong
  • Aiskrim dan Brownies
  • Pulut Mangga
  • Aiskrim Kuah Kopi
  • Sagu Gula Melaka

Menu EAT & Repeat Cafe

Berita baik untuk warga Perak
Kafe EAT & Repeat Bandar Seri Iskandar Cawangan ke-8
Grand opening: 
Jumaat, 22 Mac 2019 (Harini gaisss!)
Dari 2pm - 10pm
Hint Lokasi Kafe:
Sederet dengan Chillex kafe Bandar Seri Iskandar, Perak Darul Ridzuan
Hubungi:
012-7131655 untuk maklumat lanjut

Haa orang Perak, apa tunggu lagi. Jap lagi boleh serbu ramai-ramai EAT & Repeat Cafe cawangan ke-8 ini ok! Serbu jangan tak serbu. Mana tahu grand opening kot kot dapat free makanan ke? Hehe. Kalau tak free pun, harga makanan dia dah memang terlajak murah dah tu. Hanya RM1.90. Jadi jangan lepaskan peluang ya! Mana tahu lepas makan sekali nak repeat. Hihi. Ok bye!

Untuk maklumat lanjut :
EAT & Repeat Cafe cawangan Shah Alam

Alamat: 
YG24, Jalan Plumbum Y 7/Y, Pusat Komersial Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Malaysia

Waktu Operasi:
11.00 am - 11.00 pm

Facebook:
Website:
eatrepeat.business.site

Share:

15 comments:

  1. terbaikk macam ni. boleh rasa banyak jenis makanan.. hhihi

    ReplyDelete
  2. Pernah dengar nama kafe ni tapi tak pernah cuba lagi makanannya.

    ReplyDelete
  3. Dulu masa study dulu rajin ah singgah sini. Dah balik JB, rindu pulak nak makan kat sini.. Makanan dia ada yang boleh tahan sedap kan. I like pulut mangga tu!

    ReplyDelete
  4. This is my first time hearing about this place.

    ReplyDelete
  5. Banyak cawangannya tu... sekarang ada juga beberapa cafe yang ambil konsep macam nie... di Tanjong Malim pun ada... cuma harganya RM1.70 je... jemput la baca entry nya disini... CAPECAFE

    ReplyDelete
  6. Pernah makan kat sini kebetulan ada di Shah Alam so alang2 makan kat area situ sebab rumah jauh. Menu dia mmg banyak and baru makan dua mangkuk nasi dengan ayam cincang pun dah kenyang haha

    Masa pegi dua tahun lepas takde menu brownies tu. Sekarang dah ada, so kena curi masa sikit pegi the nearest Eat & Repeat sbb saya ni hantu brownies hahaha mau 3-4 mangkuk saya bedal nanti hahaha

    ReplyDelete
  7. Sedapnya...saya maulah nak cuba rasa rojak petis...yummy

    ReplyDelete
  8. belum jejak lagi yang kat JB ni...asyik lalu je...tapi tak pernah masuk lagi..

    ReplyDelete
  9. Konsep menarik ala-ala boat noodle kan
    Tak pernah try lagi.
    Senawang pun ada kat area mana tu?

    ReplyDelete
  10. OMG bestnya. Banyak benda boleh rasa but in small quantity so perut tak rasa penuh sangat

    ReplyDelete
  11. Macam boat noodle Boleh try la manti

    ReplyDelete