Eco Ardence Labs, Setia Alam, Selangor

Tempat Menarik di Selangor | Eco Ardence Labs, Setia Alam

Assalamualaikum semua.

Dah lama berhajat nak ke Eco Ardence Labs, Setia Alam. Akhirnya semalam tertunai juga hajat nak ke sana. Tempat menarik di Selangor, Eco Ardence Labs, Setia Alam. Memang menarik tempatnya dan banyak replika kedai dan dinding-dinding yang 'insta worthy'. Terdapat gambar 3d, gambar 2d, grafitti dan lain-lain. Eco Ardence Lab ini juga adalah salah satu tempat menarik di Selangor yang tengah famous sekarang ini.

Tempat Menarik di Selangor | Eco Ardence Labs, Setia Alam

Eco Ardence Labs sebenarnya terdiri daripada gerai-gerai makanan, antaranya yang terdapat di situ ialah Tealive, Ilao Ilao, Chaiwalla & Co., Bamboo Biryani, Heritage Nyonya Cuisine serta lain-lain gerai. Tempat permainan kanak-kanak juga seperti padang, buaian, spider web serta gerai basikal yang menarik. Juga terdapat hotel untuk haiwan peliharaan. Selain itu, ada juga gym di sini untuk fitness dan farmasi untuk membeli barang-barang serta ubat kesihatan. Paling menarik, berdekatannya juga terdapat Jaya Grocer untuk shopping barang-barang dapur dan sebagainya.

  • Tempat Menarik di Selangor | Eco Ardence Labs, Setia Alam
  • Tempat Menarik di Selangor | Eco Ardence Labs, Setia Alam
  • Tempat Menarik di Selangor | Eco Ardence Labs, Setia Alam
  • Tempat Menarik di Selangor | Eco Ardence Labs, Setia Alam
  • Tempat Menarik di Selangor | Eco Ardence Labs, Setia Alam
  • Tempat Menarik di Selangor | Eco Ardence Labs, Setia Alam
  • Tempat Menarik di Selangor | Eco Ardence Labs, Setia Alam
 Ada juga padang bola sepak berdekatan yang diberi nama Ardence Arena. Masa ke sana malam tadi, terjumpa Jep Sepahtu baru habis main bola sepak. Tapi tak sempat nak Hai2 pun sebab macam tak pasti betul ke tidak. Haha. Tapi memang dia lah tu sebab bila tengok Instagram memang Superlawak FC ada football match dekat situ semalam. Kalau yakin semalam, boleh juga ambil gambar dengan Jep Sepahtu ya tak? Haha.

  • Tempat Menarik di Selangor | Eco Ardence Labs, Setia Alam | Ardence Arena
  • Tempat Menarik di Selangor | Eco Ardence Labs, Setia Alam | Ardence Arena
Maya Park, taman hijau serta tasik yang luas di Eco Ardence juga adalah antara tarikan pengunjung di sana. Pengunjung boleh menyewa basikal di sini selain berjogging sepanjang Maya Park yang menghijau, cantik dan tenang ini. Sangat sesuai untuk membawa anak-anak dan keluarga beriadah serta rekreasi di sini. Tempat ini dibuka setiap hari dari pukul 6 pagi hingga 11 malam. Lepas dah penat beriadah dan jalan-jalan di Maya Park ni, bolehlah sangat berhenti makan di gerai-gerai yang ada dan bershopping di Jaya Grocer. Hehe.

Tempat Menarik di Selangor | Eco Ardence Labs, Setia Alam | Maya Park

Satu tempat yang lengkap dengan macam-macam benda. Itulah tarikan di Eco Ardence Labs, Setia Alam ini. Berhati-hati ketika memilih gerai makanan di sini kerana ada juga yang non-halal. Selain itu, tempat ini dibenarkan untuk membawa anjing peliharaan namun dalam keadaan terkawal. Jadi kena sentiasa berhati-hati dengan keadaan sekeliling. Tapi setakat ini tiada apa-apa isu mengenai anjing di sini. Semuanya terkawal.

Suasana malam di sini sangat meriah dengan lampu-lampu yang membuatkan Eco Ardence ini lebih hidup pada waktu malam. Untuk yang membawa anak-anak kecil, sesi malam juga sesuai kerana anda boleh menaiki kereta api bergerak yang boleh dinaiki untuk berjalan di sekitar Eco Ardence selain boleh berbasikal di Maya Park.



Maklumat lanjut Eco Ardence Labs, Setia Alam
Alamat :
Persiaran Setia Alam, Eco Ardence, 40170 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tarikh dibuka secara rasmi:
26 Mei 2018
Website rasmi Eco Ardence:
https://www.ardencelabs.my
Facebook Page Eco Ardence:
Sumber lain:
Google

Share:

5 comments: