Friday, December 7, 2018

Sepagi di Setia Eco Hill Park, Semenyih

Assalamualaikum semua.

Salam Jumaat. Semoga semua para pembaca dan rakan blogger sihat-sihat hendaknya. Sarapan apa pagi tadi? Buat apa hari ni? Hihi. Kejap lagi kaum Adam akan menunaikan solat Jumaat pula. Pagi tadi aku dan ibu luangkan sedikit masa untuk bersenam, jogging dekat Setia Eco Hill Park di Semenyih. Kebetulan ini taman yang paling dekat dari rumah aku. Rumah aku terletak di Mantin, N.Sembilan dan bersempadan dengan Beranang dan Semenyih, Selangor. Hehe.

Selalu juga ke Setia Ecohill Park, Semenyih ni untuk jogging dan riadah dulu tapi dah lama juga tak ke sini atas sebab kekangan waktu. Dekat pun, makan jugalah masa 15 minit ke 20 minit nak ke sana. Dalam minggu ni, ibu asyik teringin nak jogging di sana, dah lama tak pergi katanya, lagi pun nak amalkan gaya hidup sihat, dah ramai pula rakan-rakannya mengadu sakit-sakit kebelakangan ni jadi dia terasa nak mula jogging. Umur pun dah semakin meningkat, ibu beberapa tahun lagi akan meningkat ke angka 60. Huhu. Baguslah macam tu. Cuma anaknya ni lah kadang-kadang tak serik lagi asyik pergi jalan-jalan cari makan saja. Badan pun macam dah mula nak berisi ni. Adoi! Haha.

Jadi nasib baik jugalah ibu ajak pergi jogging ni, keluarkan peluh, boleh bakar lemak sikit, jadi start hari ni mungkin dah kena mula gaya hidup sihat, diet seimbang, bersenam dan sebagainya. Kena berhenti sekejap 'food hunting'. Hihi. Kebetulan pula tadi dengar radio Suria.fm, Malaysia jatuh tempat pertama di negara-negara Asia untuk Obesiti. Huhu. Mana tak nya, kerja asyik nak cuba makanan sedap saja orang Malaysia ni kan, macam aku ni lah contohnya. Haha. Oklah. Jadi mulai hari ini, jom kita pakat-pakat berubah wahai rakyat Malaysiaku! Hihi.

Setia Eco Hill Park, Semenyih, telah lama dibina oleh penerajunya iaitu Setia Eco Sdn.Bhd. Kalau dilihat, banyak projek Setia Eco ni di merata Malaysia, dan rata-rata memang taman yang cantik menghijau, semula jadi. Suka sangat dengan Setia Eco ni. Perumahan-perumahan mewah di bawah peneraju ni memang binaan yang sangat cantik dan di samping itu diwujudkan taman-taman rekreasi seperti Setia Eco Hill Park ni. Baru-baru ni dilancarkan pula Setia Eco Hill 2, dan ada Adventure Park juga. Memang sesuai untuk rekreasi dan aktiviti riadah.

Jadi hari ni nak kongsi gambar-gambar suasana yang hijau nyaman semula jadi di Setia Eco Hill Park Semenyih. Sambil jogging sambil hirup udara segar. Semangat ibu nak jogging. Anaknya pun jadi semangat tengok ibunya semangat. Hihi. Nanti pagi atau petang bolehlah pergi lagi ke sini jogging lagi, bakar lemak-lemak yang banyak ni. Semoga lepas ni aku pun makin semangat nak jogging, semangat nak kurus sikit, semangat nak diet seimbang! Haha.

Sesiapa yang berdekatan dengan Semenyih bolehlah ke sini untuk riadah. Luangkan sedikit masa sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali seminggu untuk bersenam. Tempat parking di Setia Eco Hill Park, Semenyih ni luas, jangan risau, parking tepi jalan pun boleh sebab dia tepi jalan nak ke LEKAS Highway Kajang tu. Memang senang sangat nak parking. Hari Sabtu dan Ahad selalunya memang penuh sini, hari Ahad kadang-kadang ada aktiviti senam robik atau zumba jadi bolehlah join sekaki.

Ada padang yang luas, tempat court main futsal dan bola, ada trek basikal, jadi bila datang sini macam-macam benda boleh buat. Main bola, kayuh basikal, main badminton, untuk kanak-kanak ada taman permainan, ada gelongsor, buaian dan macam-macam lagi boleh buat dekat sini.

Ok that's all.
Thank you for reading!

4 comments:

Jannah Ramli said...

Wah, cantiknya view kat sana. Saya tak pernah lagi pergi ke Setia Eco Hill Park.

PeRdU cINta said...

Salam Jumaat.
Wow indahnya..beriadah sambil melihat alam.

Shahida Dzulkafli said...

SubhanaAllah.. Cantik sungguh..

Wani Sukarno said...

cantik kat tempat ni ,,release stress sekejap kan

⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Copyright © 2018. YEASLMN. Powered by Blogger.